Saturday, 11 February 2012

jenis zakat dan golongan yang menerima zakat

Jenis zakat

Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu:
  1. Zakat fitrah
  2. Zakat harta

Golongan yang layak menerima zakat

Zakat ini mesti dibayar kerana ia akan digunakan untuk kerja kebajikan seperti memberi bantuan kepada 8 golongan asnaf yang berhak untuk menerima wang zakat. 8 golongan adalah:
  1. Fakir - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
  2. Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
  3. Amil - Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.
  4. Muallaf - Saudara baru memeluk Islam
  5. Riqab - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
  6. Al-Gharimin - Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya
  7. Fisabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah.
  8. Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan
Selain dari golongan 8 asnaf ini, mereka TIDAK LAYAK untuk menerima wang zakat.

14 comments:

  1. As salam.. apa akan jadi jika di masa akan datang... kita tiada salah satu golongan yang layak menerima ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak akan berlaku perkara sedemikian kerana amil masih lagi layak menerima,sekiranya kita tiada dalam golongan ini maka dunia ini telah benar-benar hampir kiamat.sebab orang alim, ulamak dan orang yang beriman telah meninggaldunia dahulu kerana hanya yang tinggal didunia ketika itu orang yang tidak berilmu.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah...moga selesai tanggungjawab di dunia...

      Delete
    2. sama-sama lah saling mengingati

      Delete
  3. bagi orang yang sedang belajar mereka berhak tak dapat zakat? kalau berhak, mereka termasuk dalam asnaf apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berzakat membawa berkat.berzakat menyucikan diri dari bersifat bakhil....

      Delete
    2. benar lah itu wahai ustaz Din.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. berhak sangat....ia nya termasok dalam gololngan fisabilillah

    ReplyDelete
  5. fisabililah kalimah syahid akhirat... beruntung ahli syurga...

    ReplyDelete
  6. Terima kasih diatas maklumat yang ada.....

    ReplyDelete