ZAKAT
Sunday, 19 February 2012
Sunday, 12 February 2012
soalan subjektif
-mu'alaf- -fisabilillah- - ibn-sabil- -miskin- -layak-
-fakir- -tidak layak- -amil-
- orang yang tidak mempunyai harta dan pendapatan dipanggil sebagai ___________
- ___________ bermaksud mempunyai harta dan pendapatan tetapi hanya dapat memenuhi separuh keperluan yang wajib.
- orang yang memunggut dan mengagihkan zakat dikenali sebagai ___________
- orang yang baru memeluk islam dikenali sebagai ___________
- orang yang bermusafir dengan tujuan yang diharuskan dan kehabisan wang untuk meneruskn pejalanannya layak memperoleh akat dibawah "asnaf ____________"
- orang yang berjuang dan berperang kerana Allah S.W.T tergolong dalam "asnaf ___________"
- orang yang bermusafir dengan tujuan maksiat ___________ menerima zakat.
- orang yang baru meeluk islam tetapi masih lemah imannya ___________ menerima zakat.
Saturday, 11 February 2012
jenis zakat dan golongan yang menerima zakat
Jenis zakat
Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu:
Golongan yang layak menerima zakat
Zakat ini mesti dibayar kerana ia akan digunakan untuk kerja kebajikan seperti memberi bantuan kepada 8 golongan asnaf yang berhak untuk menerima wang zakat. 8 golongan adalah:
- Fakir - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
- Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
- Amil - Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.
- Muallaf - Saudara baru memeluk Islam
- Riqab - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
- Al-Gharimin - Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya
- Fisabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah.
- Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan
Selain dari golongan 8 asnaf ini, mereka TIDAK LAYAK untuk menerima wang zakat.
Subscribe to:
Posts (Atom)